Noor-Arfa Melaka Batik House (MBH)

 




Pada tahun 2008 Noor Arfa telah melebarkan sayapnya dengan membuka sebuah  Pusat Pelancongan baru berdasarkan kraf di Melaka. Proses pembinaanya memakan masa setahun untuk menyelesaikannya. Gedung ini diberi nama Melaka Batik House. Melaka Batik House mula beroperasi pada Mei 2009, perasmian telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam pada 11 Jun 2009. Melaka Batik House atau dikenali dengan MBH merupakan sebuah pusat jualan yang menempatkan produk-produk batik keluaran Noor Arfa dan juga pengusaha-pengusaha batik di Malaysia.




Melaka Batik House terletak di Melaka International Trade Centre (MITC) Ayer Keroh dan mengambil masa 15 minit memandu dari Bandar Melaka. Melaka Batik House menyediakan tempat yang luas untuk kemudahan pengunjung dan menyediakan tempat letak kenderaan secara percuma.




Melaka Batik House juga menyediakan ruang demonstrasi batik lukis, batik terap, pembuatan blok terap, dan tenunan songket. Pengunjung dapat melihat sendiri seni pembuatan batik lukis/tangan dan seni kraf lain.




Jika tuan/puan berminat untuk mencuba proses membuat batik, kami menyediakan ruang DO IT YOURSELF untuk pengunjung membuat batik sendiri. Melaka Batik House juga menyediakan pusat latihan bagi pelatih dan pembuat batik.




Melaka Batik House beroperasi 7 hari seminggu bermula jam 9.00 am sehingga 7.00 pm pada hari Isnin hingga Khamis, jam 9.00 am sehingga 9.00 pm pada hari Jumaat hingga Ahad.




  • Selain menjual produk-produk batik, Melaka Batik House telah mempelbagaikan lagi produk di dalam galeri jualan dengan menjalin kerjasama dengan usahawan-usahawan kecil.

  • Melaka Batik House merupakan pusat pengumpulan dan pemasaran produk usahawan, maka Melaka Batik House mengambil inisiatif ini untuk memasarkan produk usahawan di galeri jualan Melaka Batik House supaya setiap pelanggan yang datang mengunjungi Melaka Batik House boleh mendapatkan pelbagai produk yang diperlukan dibawah satu bumbung.

  • Melaka Batik House juga mengambil tempahan bagi pelanggan yang inginkan produk Noor Arfa khusus untuk koleksi peribadi.

  • Melaka Batik House merupakan sebuah pusat pelancongan bagi menarik minat pelancong asing untuk melihat seni batik Malaysia.

  • Melaka Batik House juga menyediakan perkhidmatan pembelian secara pukal atau borong kepada pemborong.





    Melaka Batik House juga mengambil tempahan bagi pelanggan yang inginkan produk Noor Arfa khusus untuk koleksi peribadi selain itu ia sebuah pusat pelancongan bagi menarik minat pelancong asing untuk melihat seni batik Malaysia dan juga menyediakan perkhidmatan pembelian secara pukal atau borong kepada pemborong.

    Semoga kunjungan tuan/puan ke Melaka Batik House dapat memberi satu kenangan istimewa dihati anda untuk dikongsikan dengan sesiapa yang masih belum mengunjungi Melaka Batik House.

     



    MBH Information >>