Noor-Arfa Craft Complex (NACC) |

Noor Arfa Craft Complex terletak di Kawasan Perindustrian Chendering, iaitu 70km dari bandar Dungun dan hanya 15km dari bandar Kuala Terengganu. Kedudukan kompleks Noor Arfa amat strategik dan senang untuk dikunjungi oleh pelanggan dari luar Terengganu mahupun pelancong asing dari luar Negara walaupun ianya kunjungan pertama anda.

Noor Arfa Craft Complex atau lebih sinonim dengan singkatan nama popular NACC telah mula dibuka kepada umum pada 03 Januari 2008, namun perasmian sempena pembukaan kompleks ini telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pada 27 Jun 2008 iaitu bersamaan hari Khamis. Dengan tertubuhnya kompleks yang menelan belanja RM 10juta, maka impian pengasas Noor Arfa iaitu Wan Mohd Ariffin B Wan Long,PJK dan isteri Noor Hijerah Bt Hanafiah telah tercapai untuk mempamerkan dan memasarkan produk keluaran Noor Arfa di bawah satu bumbung.
![]() |
![]() |
![]() |
NACC turut menyediakan ruang demostrasi batik iaitu proses mencanting, mewarna dan menerap, serta beberapa produk kraf lain yang popular seperti tenunan, anyaman, pembuatan blok dan kraf kaca yang di buat oleh mereka yang mahir di dalam bidang masing-masing. Jika ingin mencuba sendiri pengalaman mewarna batik anda boleh mencuba produk Do It Yourself yang turut disediakan di ruang demo dengan tunjuk ajar oleh guru yang berpengalaman.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

Kompleks NACC beroperasi 7 hari seminggu dan dibuka dari jam 9.00pagi hingga 6.00petang.
Selain menjual produk batik, NACC juga turut menjual pelbagai jenis produk batik dan kraftangan usahawan-usahawan kecil melalui program 4PU iaitu Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Produk Usahawan. Maka jika anda berkunjung ke NACC, semua produk yang ingin dimiliki untuk dijadikan cenderamata atau kenangan dan sebagai koleksi peribadi boleh didapati disini tanpa perlu ke tempat lain lagi.
Di NACC juga terdapat perkhidmatan Percetakan Bunting dan Banner dengan harga serendah RM 59/kaki segi. Perkhidmatan ini menjadikan Noor Arfa sebagai bidang baru dalam usaha untuk mempelbagai lagi skop perniagaan NOOR ARFA HOLDINGS SDN BHD.

Setelah penat membeli-belah dan menyaksikan demostrasi batik, anda juga boleh menikmati hidangan makan tengahari atau malam sambil menikmati panorama keindahan NACC yang disediakan oleh Restoran Garden Chendering dengan pelbagai pakej dan menu yang menarik bermula dari jam 11.00pagi sehingga jam 11.00malam.
![]() |
![]() |
Pelanggan yang ingin menjadikan produk yang diminati sebagai koleksi peribadi namun pilihan yang ada tidak menepati citarasa anda, maka pihak kami sedia menerima tempahan pakaian yang disukai mengikut citarasa dan warna kegemaran anda berdasarkan terma tempahan yang telah ditetapkan.
Selain menerima tempahan pakaian, Noor Arfa turut menyediakan perkhidmatan sewa dewan terbuka dan dewan tertutup untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, majlis makan malam, seminar dan sebagainya kepada agensi kerajaan mahupun agensi swasta atau orang persendirian yang inginkan kelainan.

Seandainya ingin memiliki pakaian berjenama dengan harga yang berpatutan, anda juga boleh mengunjungi NACC kerana pihak kami turut menyediakan sebuah galeri pakaian siap terus dari kilang yang dipanggil Factory Outlet Centre atau F.O.C. Disini anda boleh membeli–belah pelbagai jenis produk siap untuk semua golongan.

KUNJUNGILAH NACC SEGERA !!!! , SEMOGA KUNJUNGAN ANDA MENDAPAT SATU PENGALAMAN BARU DI DALAM HIDUP ANDA……….
NACC Information >>


















